top of page

Nyanyikanlah Lagu Baru Bagi Tuhan



“…Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan! Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri, Dia telah mencapai kemenangan...” Mazmur 98:1


Pemazmur mengajak semua kita agar menyanyikan lagu baru untuk Tuhan, sebab Dia Tuhan telah melakukan perbuatan yang sangat menakjubkan. Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri, Dia telah mencapai kemenangan.


Oleh kerana apa yang Tuhan telah lakukan didalam kehidupan mereka maka pemazmur mengajak agar semua orang menyanyikan lagu baru untuk Tuhan, lagu yang terindah, lagu yang terbaik mereka miliki untuk memuliakan nama Tuhan.


Menyanyi lagu bagi Tuhan merupakan sikap yang wajib bagi semua orang yang percaya kepada-Nya, sebab oleh kasih setia Tuhan kita hidup pada hari ini, segala yang kita miliki dan alami dalam hidup ini merupakan berkat anugarah daripada Tuhan. Dengan itu sebagai respn kita kepada Tuhan kita harus menyanyikan lagu baru bagiNya untuk menyatakan kesyukuran dan terima kasih kita kepadaNya.


Oleh kerana perbuatan Tuhan yang sangat ajiab dalam kehidupan pemazmur telah mendorong dirinya untuk menyanyi lagu baru, bagi TUhan. Nynyaian yang timbul daripada pengalaman secara peribadi bersama-sama dengan Tuhan. Menyanyikan lagu baru bagi Tuhan dalam hidup ini akan menyebabkan hubungan kita dengan Tuhan akan menjadi lebih intim lagi.


Oleh itu biarlah perbuatan Tuhan yang kita alami dalam hidup ini akam menyebabkan diri kita terus menerus memuji Tuhan dengan nyanyian yang baru. Menyanyi lagu yang baru bagi Tuhan sentiasa akan membuat diri kita akan sentiasa rindu dan meletakkan diri Tuhan dalam hidup kita menjadi yang terutama dan besar.


Nyanyikanlah nyanyian baru bagi TUHAN karena Ia telah melakukan hal-hal yang ajaib. Kuasa dan tangan kanan-Nya yang kudus telah membawa kemenangan yang lain bagi-Nya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya roh yang menyembahMu, ajar saya untuk terus menyanyikan nyanyian yang baru setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page