“…oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka. Allah akan memerintah malaikat-Nya menjaga engkau, untuk melindungi engkau ke mana-mana engkau pergi.......” Mazmur 91:10-11
Pemazmur meyakinkan setiap orang yang percaya kepada Tuhan tentang perlindungan Tuhan bagi diri mereka. Hal ini pemazmur ungkapkan berdasar pada pengalaman dirinya sendiri terhadap perlindungan Tuhan. Oleh itu dia mengingini agar setiap orang yang percaya memiliki keyakinan dengan apa yang dikatakannya kepada mereka.
Pengalaman pemazmur akan perlindungan daripada Tuhan sewaktu melalui berbagai macam ancaman dan tentangan telah memberikan dirinya kekuatan dan keyakinan tentang kuasa Tuhan. Di sepanajng perjalanan hidupnya dia melihat tangan Tuhan melindungi dirinya sehingga dia sentiasa selamat.
Kunci yang menyebabkan diri pemazmur sentiasa selamat didalam perjalanan hidupnya selama ini adalah kerana dia sentiasa tinggal bersama dengan Tuhan dan berdiam di dalam hadiratNya. Oleh kerana hubungan pemazmur dengan Tuhan yang sangat akrab, maka Tuhan memelihara dan melindungi dirinya daripada segala bencana dan ancaman.
Dengan itu bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah kita memiliki keyakinan akan perlindungan Tuhan ke atas hidupmu hari ini? Ingat sekiranya Tuhan telah melindungi pemazmur segala bencana dan ancaman, maka Dia Tuhan yang sama akan melakukan yang sama terhadap kita, sekiranya kita terus percaya kepadaNya.
Pemazmur selamat sepanjang hidupnya kerana Tuhan memerintah malaikat-malaikat-Nya, datang untuk menjaga dan melindungi dirinya. Ingat pada hari ini Tuhan yang sama akan akan melakukan hal yang sama terhadap diri kita… percayalah kepada Tuhan, anda akan selamat.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kerana menerima dan mengampuni saya, oleh kerana kehadiranMu dalam hidup saya merasa aman dan tenang. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Commenti