“...Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Allah.” Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; tidak seorang pun melakukan yang baik....” Mazmur 14:1
Pemazmur berkata bahawa orang bodoh berkata didalam hatinya “…Tidak ada Allah…". mereka berkata demikian oleh kerana “….hati mereka sudah rosak kerana dosa yang berkuasa didalam hidup mereka…”
Orang bodoh merujuk kepada orang yang hidup menurut keinginan dosa, mereka tahu hal itu benar tetapi tetap tidak mahu melakukannya, demikian juga dengan hal yang jahat, mereka tahu bahawa hal itu jahat tetapi mereka tetap juga melakukannya.
Orang yang berkata “…Tidak ada Allah…" adalah orang bodoh. Oleh kerana kebodohan mereka maka mereka menjadi bebal dan tidak bijak, sehingga mereka sanggup untuk menyangkal keberadaan Tuhan didalam hidup mereka.
Orang yang bijak dan waras tidak akan berkata, “Tidak ada Allah,” malah mereka mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta atau yang menjadikan segalanya. Hanya orang yang bodoh sahaja yang berkata “tidak ada Tuhan”.
Orang yang menyangkal “kewujudan Tuhan” dipanggil orang “atheis”. golongan ini tidak percaya adanya Tuhan, “Tidak ada Elohim, tidak ada Hakim atau Penguasa dunia, tidak ada pemeliharaan ilahi yang mengatur urusan-urusan manusia.
Bagaimana dengan diri kita pada saat ini? apakah kita percaya ada Tuhan atau sebaliknya? Segalanya terserah kepada diri kita untuk memutuskannya.
Doa: Bapa yang di surga, saya ampuni saya kiranya saya menyangkal keberadaanMu, besihkan dan sucikan saya agar saya layak berada didalam hadiratMua, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
コメント