Pemazmur menulis mazmur ini sewaktu umat Tuhan sedang melalui keadaan yang sangat susah dan sulit dalam hidup mereka. Oleh kerana kesusahan dan kesulitan yang sedang mereka alami dalam hidup mereka, musuh-musuh mereka dengan bersikap sangat berani berkata kepada mereka, "...Di manakah Allahmu?"
Dalam keadaan yang sangat sukar, musuh-musuh umat Tuhan mengancam mereka dengan mengolok-olok mereka di mana Tuhan mereka. Sebab selama ini mereka mengalami dan melihat penyertaan Tuhan yang luar biasa dalam hidup mereka.
Oleh kerana penderitaan yang mereka lalui telah menekan kehidupan mereka sehingga hal ini menyebabkan mereka seperti kehilangan kekuatan, sebab selama ini Tuhan selalu dekat dengan mereka melalui janji dan anugerah-Nya. Namun pada saat ini, Tuhan seakan-akan tidak ada bersama-sama dengan mereka.
Oleh itu, musuh-musuh mereka mulai mempertanyakan mereka tentang "...Di manakah Allahmu?" sebab penderitaan yang mereka lalui sangat berat. Namun dalam Mazmur 115:2-3, mereka dengan yakin menjawab bahawa Tuhan mereka ada di syurga; Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya."
Dengan itu, janganlah kita merasa kecil hati bila orang bertanya kepada diri kita tentang "...di manakah Allah kita.." sewaktu kita dalam kesusahan dan kesulitan. Ingatlah, Tuhan sentiasa ada bersama-sama dengan kita, Dia tahu apa yang sedang kita lalui dan Dia juga tahu apa yang harus dilakukan terhadap kesusahan dan penderitaan kita.
Dengan itu, jangan lemah semangat oleh kerana kata-kata yang dilontarkan kepada kita, sebab Tuhan adalah Tuhan yang mahatahu dan penuh dengan kasih. Oleh itu, tetaplah percaya kepada-Nya dengan terus memberi kemuliaan kepada-Nya.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memuji nama-Mu kerana kasih dan kebaikan-Mu. Dalam-Mu kami tenang dan damai, walaupun melalui berbagai keadaan. Kekuatan dan harapan ada dalam-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments