“...Orang jahat akan ketakutan, kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya...” Mazmur 14:5
Pemazmur berkata bahawa orang jahat mengalami ketakutan karena Allah bersama dengan orang yang melakukan yang benar. Walaupun orang jahat mencoba untuk menghilangkan pengharapan orang miskin tetapi TUHAN akan melindungi mereka.
Mengapa orang jahat dikatakan dalam “ketakutan”? mereka berada didalam ketakutan yang besar kerana sebab-sebab yang berikut:
sebab Allah ada bersama dengan keturunan orang yang benar
sebab Allah melindungi orang yang taat kepada-Nya.
Sebab Allah menyertai orang-orang yang mengasihi Dia.
sebab Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan yang benar.
Oleh kerana hal inilah maka orang jahat sentiasa didalam ketakutan kerana mereka tahu bahawa orang yang benar tidak bersendirian tetapi Allah sentiasa beserta dengan mereka walaupun jumlah mereka sedikit.
Oleh itu orang yang hidup benar dan taat kepada Tuhan tidak perlu takut dengan ancaman orang-orang jahat, sebab Tuhan yang melindungi dan bertindak bagi pihak kita. Dengan itu berserahlah sepenuhnya kepada Tuhan.
Kita harus meletakkan seluruh keyakinan kita kepada Allah, sebab dalam Dia kita aman dan selamat, sebab dalam segala perkara Dia yang bertindak bagi kita
Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih kepadaMu kerana janji dan kasihMu kepada saya. Ajar saya untuk berserah kepadaMu dalam segala perkara, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr. Patrick Taie
Comments