top of page

Orang Jujur Akan Menjadi Makmur


“…Orang jujur akan menjadi makmur seperti pokok palma; mereka akan menjadi kuat seperti pokok sedar di Lebanon......” Mazmur 92:13


Siapakah “..orang jujur..” yang dimaksudkan oleh pemazmur ini? Menurut terjelma alkitab dalam versi yang lain “..orang jujur..” ini merujuk kepada “..Orang benar..” “..Orang baik..”.


Pemazmur berkata bahawa mereka dipanggil sebagai “..orang jujur, orang benar atau orang baik..” kerana mereka beriman kepada Tuhan dengan sepenuh hati mereka, dimana mereka meletakkan diri mereka sepenuhnya kepada Tuhan, didalam hidup mereka secara peribadi Tuhan menjadi yang terutama dan penting dalam hidup mereka.


Sikap orang jujur ini terbukti didalam kehidupan mereka, dimana mereka meninggikan nama Tuhan didalam hidup mereka melalui kebiasaan mereka yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan juga keinginan mereka yang sentiasa memberitakan kasih setia Tuhan di sepanjang waktu mereka.


Oleh kerana kehidupan mereka yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan memberitakan kasih setia Tuhan di sepanjang hidup mereka, maka mereka menjadi makmur seperti pokok palma; mereka akan menjadi kuat seperti pokok sedar di Lebanon.


Hal ini bermaksud orang jujur ini akan terus dipelihara Tuhan didalam kehidupan mereka sehingga mereka akan bertumbuh dan menghasilkan buah yang memberi kesaksian tentang kebesaran dan keperkasaan Tuhan kepada orang lain.


Dengan itu, bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah anda digolongan sebagai orang jujur, atau orang benar atau orang baik, sebab memiliki sikap yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan memberitakan kasih setia Tuhan di sepanjang hidup kita.


Renungkan diri kita, minta kepada Tuhan agar kita menjadi orang jujur yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan memberitakan kasih setia Tuhan di sepanjang hidup kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan menyedar saya akan kelemahan dan kelalaian saya dalam menjalani kehidupan saya. Ajar saya supaya sentiasa bersyukur dan memberitakan tentang Engkau. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page