top of page

Orang Sombong Selalu Dikalahkan


1 Samuel 11:2, 9-11 (BM)

Raja Nahas bertitah, "Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel." Mereka berkata kepada para utusan dari Yabes itu, "Beritahulah penduduk Yabes bahawa esok, sebelum tengah hari, mereka akan mendapat pertolongan." Ketika penduduk Yabes mendengar berita itu, mereka sangat bersukacita lalu berkata kepada Raja Nahas, "Esok hamba semua akan menyerah dan tuanku boleh memperlakukan hamba sekalian dengan sesuka hati." Awal pagi keesokan harinya, Raja Saul membahagikan anak buahnya menjadi tiga pasukan. Kemudian, ketika fajar menyingsing, mereka menyerbu ke tengah-tengah perkhemahan orang Amon dan menyerang mereka. Sebelum tengah hari, tentera Raja Saul telah mengalahkan musuh. Orang Amon yang tidak terbunuh, tercerai-cerai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama.


Pengajaran/Refleksi

  1. Raja Nahas yang sombong itu bertitah untuk mempermalukan umat Tuhan dengan mencungkil biji mata kanan mereka sebagai syarat perjanjian.

  2. Namun, sebelum tengah hari, tentera Raja Saul telah mengalahkan orang Amon yang angkuh, yang ingin mencungkil biji mata umat Tuhan.


Firman Tuhan hari ini mengajar kita agar tidak menyombongkan diri, sebab orang sombong akan direndahkan oleh Tuhan yang Mahakuasa.


Doa

Ajarilah kami merendahkan diri ya Tuhan. Kami hanya berharap kepada-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page