top of page

Orang Yang Berbahagia



“…Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN, orang yang tidak menyembah berhala atau mengikut mereka yang menyembah dewa.…” Mazmur 40:5


Pemazmur berkata kepada kita bahawa “...orang yang berbahagia adalah orang yang percaya kepada Tuhan, orang yang tidak menyembah kepada berhala atau tidak mengikut mereka yang menyembah dewa...”.


Pemazmur menyatakan kepada kita bagaimana kita menjadi seorang yang berbahagia didalam hidup ini. walaupun dia melalui yang sangat skuar didalam hidupnya, pemazmur tetap memilih untuk tetap percaya kepada Tuhan dan tidak menyembah berhala atau mengikut mereka yang menyembah dewa


Oleh kerana pilihan pemazmur untuk tetap percaya kepada Tuhan maka dia mengalami pertolongan Tuhan didalam hidupnya. Oleh kerana pengalaman ini maka pemazmur menjadi seorang yang berbahagia atau seorang yang diberkati.


Untuk menjadi seorang yang berbahagia atau seorang yang diberkati merupakan sebuah pilihan kita secara peribadi. Sebab untuk mengikut Tuhan merupakan pilihan kita secara peribadi. Tuhan berjanji untuk menolong kita tetapi terserah kepada kita untuk membuat pilihan untuk hidup kita secara peribadi.


Pemazmur menjadi teladan kepada kita didalam hidup ini, didalam keadaan yang sangat sukar didalam hidupnya, pemazmur tetap memilih untuk tetap percaya kepada Tuhan bagi hidupnya. Oleh kerana pilihannya untuk tetap percaya maka dia menjadi orang yang berbahagia dan diberkati.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? apakah kita tetap menaruh seluruh kepercayaan kita hanya kepada TUHAN dan tidak berpaling kepada orang yang angkuh dan tidak bertindak dengan mengandalkan diri sendiri hari ini, disaat yang sukar hari ini.


Oleh itu tetaplah percaya dan yakin kepada Tuhan untuk menolong kita pada hari ini, sebab didalam Tuhan kita adalah seorang yang berbahagia dan diberkati.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, bersyukur kepadaMu kerana Engkau Tuhan yang sentiasa menjaga dan memperhatikan hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page