“…Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan....” Mazmur 91:14
Mazmur ini menceritakan kepada kita tentang janji-janji apa yang akan diberikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang mengasihiNya. Dimana Tuhan berjanji kepada orang yang mengasihiNya ‘...keselmatan dan pemeliharaan”.
Janji-janjiNya ini diberi kepada seseorang berdasar pada “..kasihnya terhadapNya..”, oleh itu untuk seseorang menerima dan mengalami janji-janjiNya ini, dia harus mengasihi Tuhan dengan sepenuh hatinya, dengan segenap jiwanya dan dengan seluruh akalnya.
Oleh kerana kasihnya kepadaNya maka Dia Tuhan yang pengasih akan melepaskan mereka yang mengasihiNya daripada segala kesesakan yang mereka hadapi. Janji pembebasanNya ini bukan hanya untuk kita alami pada hari ini tetapi juga untuk kehidupan yang akan datang.
Tuhan tidak akan dengan serta merta mengakhiri setiap penderitaan yang kita alami didalam hidup kita, tetapi Dia akan menyatakan penyertaanNya kepada kita di tengah-tengah kesesakan yang kita lalui dengan memberikan kita kekuatan, penghiburan dan kebijaksanaan.
Oleh itu kita tidak perlu takut sewaktu kita sedang melalui berbagai ancaman, kesukaran dan kesulitan didalam hidup kita hari ini, sebab Dia Tuhan yang sama dahulu, sekarang dan akan datang, sentiasa siap untuk menolong kita. Dia melindungi kita apabila kita minta tolong daripadaNya.
Dengan itu kasihilah Tuhan dengan sepenuh hati kita, peracayailah Dia untuk memperhatikan segala aspek dalam kehidupan kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, merendahkan diri saya kepadaMu, mengucap syukur kerana Engkau Tuhan yang sangat baik kepadaku, dalamMu hati saya tenang dan aman. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Commentaires