top of page

Orang Yang Taat Akan Tuhan


“….Orang yang taat kepada TUHAN akan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh..…” Mazmur 25:12


Pemazmur berkata bahawa orang yang taat kepada Tuhan akan ditunjukkan Tuhan kepadanya cara hidup yang terbaik, iaitu apakah jalan yang harus dia perlu pilih. Mereka akan hidup didalam kelimpahan berkat Allah dan anak-anaknya akan mewarisi bumi.


Siapakah orang yang taat kepada Tuhan menurut pemazmur ini? Orang yang taat kepada TUHAN ini merujuk kepada orang yang hidup takut akan Tuhan atau orang yang memilih untuk mengikut TUHAN. Dia menghormati keagungan-Nya dan menyembah-Nya dengan penuh rasa hormat.


Apakah yang dimaksudkan dengan “..hidup takut akan Tuhan..” bererti seorang itu hidup dengan membenci segala kejahatan, membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta.


Apakah anda seorang yang hidup taat kepada Tuhan selama ini? Menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan merupakan pilihan kita sendiri, segalanya terletak diatas keputusan kita secara peribadi.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu, Ya Tuhan agar saya hidup takut akan Engkau setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page