“…Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirman bahawa kuasa berasal daripada-Nya, dan bahawa kasih-Nya kekal....…” Mazmur 62:12-13
Pemazmur mengakhiri mazmurnya dengan suatu pengakuan iman yang berkata kepada kita bahwa Tuhan adalah benar-benar tempat dia boleh bergantung sepenuhnya, dan tempat dia meletakkan kepercayaannya, sebab segala “Kekuatan hanya datang dariNya.”
Oleh itu pemazmur mengakui bahawa hanya satu-satunya tempat perlindungan yang dapat memberikan dirinya rasa aman dan selamat adalah didalam Tuhan. Sebab Dia adalah Tuhan yang Maha Kuasa, yang penuh kasih setia, dan sentiasa bertindak adil.
Dengan itu untuk mengalami pertolongan yang daripada Tuhan didalam kehidupan pemazmur, dia harus sentiasa berurusan Tuhan dalam segala perkara. Sebab segala kuasa adalah berasal daripadaNya. didalam-Nya tidak ada yang mustahil.
Oleh itu bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Siapakah Tuhan itu bagi dirimu pada saat ini, apakah Dia adalah Tuhan tempat kita bergantung sepenuhnya, sebab kita percaya bahawa segala kuasa adalah datang daripadaNya.
Dengan itu marilah kita terus percaya kepada-Nya setiap waktu dan hidup terus bergantung pada-Nya. Sebab, Dia mampu melakukan segala sesuatu bagi kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana menjadi Tuhan dan pelindung bagi hidup saya. Kuatkan dan teguhkan hidup saya, ajar saya untuk terus percaya kepadaMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments