top of page

Paulus Menjadi Contoh Tentang Kasih Tuhan

“…Akulah yang paling jahat, tetapi justeru kerana itulah Allah mengasihani aku, supaya Kristus Yesus dapat menunjukkan kesabaran dengan sepenuhnya terhadap aku, orang yang paling berdosa. Hal ini menjadi contoh untuk semua orang yang kelak akan percaya kepada-Nya dan mendapat hidup sejati dan kekal.....” 1 Timotius 1:16


Walaupun Paulus merupakan seorang yang sangat jahat atau seorang yang paling berdosa namun Tuhan sangat mengasihinya. Hal ini membuktikan bahawa kesabaran Tuhan itu sempurna terhadap dirinya dan akan menjadi contoh bagi mereka yang akan percaya kepada-Nya untuk memperoleh hidup yang kekal.


Kasih dan kesabaran Tuhan itu adalah sempurna terhadap semua kita, dengan itu Dia secara peribadi menginginkan diri kita kembali kepada-Nya. Dia mahu semua kita diselamatkan daripada hukuman dosa. Walaupun kita adalah seorang yang sangat jahat dan berdosa tetapi Dia tetap sabar dan mahu setiap kita datang kepada-Nya.


Anda dan saya adalah istimewa bagi Tuhan, Dia tidak mahu anda dan saya binasa tetapi Dia mahu anda dan saya selamat iaitu memperolehi hidup yang sejati. Apakah anda mahu atau tidak, keputusan ditangan anda.


Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. Yohanes 14:6


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, membawa ucapan syukur saya kepadaMu kerana kasih dan anugarahMu yang sangat besar terhadap saya, kerana Engkau mahu saya selamat dan memperolehi hidup yang sejati, inilah saya, saya serah hidup saya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.

Comments


bottom of page