Amsal 3:1-4
"Hai anakku, jangan lupakan ajaranku, tetapi hendaklah hatimu memegang perintah-perintahku, kerana segalanya akan memberikan kepadamu umur panjang, usia lanjut, dan kesejahteraan. Jangan biarkan kasih setia dan kebenaran meninggalkan kamu, kalungkannya di lehermu dan pahatkannya di loh hatimu. Dengan demikian engkau akan disukai serta memperoleh nama baik di mata Allah dan manusia."
Firman diatas diucapkan oleh Tuhan sendiri. Tuhan menyeru kepada kita sebagai anak-anaknya. Mari kita mendengar seruann Tuhan.
“....jangan lupakan ajaranku” Apakah ajaran Tuhan yang dimaksudkan? Ajaran Tuhan adalah apa yang keluar dari mulut Tuhan. Tuhan ialah Tuhan yang berucap, yang berfirman. Dalam Matius 4:4 Yesus mengingatkan kita manusia bukan hidup dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar dari mulut Allah. Dan ucapan Allah yang tertulis dalam Alkitab.
Sebelum kita boleh mengingati ajaran Tuhan, kita mesti terlebih dahulu mengetahui ajaran-ajaran tersebut. Kita tidak boleh melupakan apa yang kita tidak tahu, ini seperti, jika minda kita kosong, kita tidak akan mengingatkan apa-apa kerana ianya kosong dan tiada apa yang perlun diingatkan. Maka pekerjaan utama kita semua ialah membaca Alkitab. Setiap hari luangkan masa untuk membaca Alkitab. Firman Allah ialah makanan untuk jiwa kita. Mari kita beri jiwa kita makan setiap hari dengan Firman Allah.
“...hendaklah hatimu memegang perintah-perintahku”- Ini hanya akan berlaku
jika kita sentiasa membaca dan mengetahui perintah-perintah Allah. Kita tidak boleh memegang apa yang kita tidak tahu.
Apakah keuntungan kalau kita hidup dengan berpegang kepada perintah Allah?
Mari kita baca senarai ini:
1. Umur panjang
2. Kesejahteraan
3. Disukai ramai
4. Memperoleh nama baik di mata Allah dan manusia.
Keuntungan ini semua bukan janji tetapi merupakan hikmat manusia yang dapat diperhatikan melalui banyak anak Tuhan yang saya kenal yang setia dengan Allah .
Mari kita jangan hidup dengan KFC atau "cheese kek" sahaja tetapi, mari hidup dengan setiap firman yang keluar dari mulut Allah.
Doa: O Tuhan, berikan saya hati yang mencintai firman Tuhan. Maafkanlah saya Tuhan jika saya cuai dan malas membaca dan merenungkan firman Mu. Berikan saya hati yang sentiasa menginginkan firman Mu dan berikanlah saya hikmat untuk
memahami dan mendalami firman yang saya baca.
Amen!
Pak Tang
Comments