Ini adalah asas yang penting. Langkah-langkah yang lain bersiri di atas asas yang utama ini. Work is worship. Pekerjaan adalah ibadah kepada Tuhan. Pekerjaan adalah rancangan Tuhan dari awal lagi semasa manusia diciptakan. Buku Kejadian di dalam Alkitab mengatakan bahawa Tuhan menciptakan manusia untuk bekerja. Kita semua diciptakan menurut rupa Allah. Tuhan sendiri bekerja untuk 6 hari dan rehat pada hari yang ke 7
Di dalam 2 Tesalonika 3:10 paulus mengatakan "Sesiapa yang tidak mahu bekerja, tidak boleh makan.". Ini penting untuk kita menukarkan polar kefahaman kita. Ada yang memikirkan bahawa pelayanan di gereja adalah lebih rohani daripada kita bekerja di pejabat, di hospital, di sekolah, di kolej, di tempat perniagaan dsb.
Perkataan Ibrani “work” and “worship” atau “pekerjaan” dan “ibadah” adalah datangnya daripada perkataan yang sama iaitu “avodah”
Apabila alkitab menyatakan di dalam keluaran
Keluaran 20:9 (AVB) Enam hari lamanya engkau harus bekerja (Avodah) dan melakukan segala pekerjaanmu .... perkataan asli bekerja di sini ialah “avodah.”
Apabila Tuhan menyuruh Musa berkata kepada Firaun, di dalam
Keluaran 9:1 (AVB) Tuhan berfirman kepada Musa, "Pergilah menghadap Firaun dan katakanlah kepadanya, 'Beginilah firman Tuhan , Allah orang Ibrani, "Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat (Avodah) kepada-Ku.... Perkataan asli ibadat, atau worship disini ialah “avodah”
Jadi saudara pekerjaan adalah avodah, ibadah adalah avodah di dalam bahasa aslinya. Bermaksud, pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan.
Apakah pekerjaan “secular” atau “sacred” (Sekular atau suci)? Kebanyakan orang akan memikirkan bahawa jikalau kita bekerja sebagai seorang misionari atau pastor sepenuh masa adalah lebih suci daripada mereka yang bekerja di tempat pekerjaan yang biasa. Bekerja sebagai seorang penyapu sampah, seorang pembantu rumah, seorang arkitect, seorang nurse, seorang doktor, seorang akauntan, seorang kontraktor dsb adalah tidak kurang sucinya berbanding dengan mereka yang bekerja di gereja dan badan misi sepenuh masa.
Marketplace adalah tempat misi di zaman modern kita sekarang oleh kerana trend urbanisasi.
Samada pekerjaan kita sekuler ataupun suci, bukanlah ditentukan oleh APAKAH jenis pekerjaan kita, tetapi adalah ditentukan oleh MENGAPA kita melakukannya.
Wang tidak menentukan samada pekerjaan kita suci atau tidak Tugasan tidak menentukan samada pekerjaan kita suci atau tidak. Tetapi kepercayaan teras (Core Beliefs), nilai teras (Core Values) dan tujuan teras. (Core Purposes) yang akan menentukan samada pekerjaan kita sekuler atau sakred.
Kita haruslah memberikan yang terbaik di dalam pekerjaan kita kerana itu adalah kita melayani Tuhan dan bukan manusia.
Kolose 3:23 (AVB) 23 Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24 kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya.
Kita adalah sama sebagai seorang pekerja di marketplace dan saya adalah orang yang sama apabila saya menjalani tugas di gereja. Kita adalah orang yang sama walaupun fungsi dan tugasnya berbeza di dalam pelayanan di marketplace dan pelayanan di gereja. Kedua-duanya adalah disatukan di dalam kita dan tubuh saya adalah Bait Suci Roh Kudus.
Selamat melayani di marketplace.
Comments