top of page

Pemazmur mengadu kepada Tuhan


“…Engkau tahu bagaimana aku dikeji, bagaimana aku dipermalukan dan dihina; Engkau nampak semua musuhku......” Mazmur 69:20


Pemazmur berkata kepada Tuhan bahawa Dia tahu betapa dirinya dicela, dihina dan dinista, oleh musuh-musuhnya. Itulah sebabnya pemazmur datang kepada Tuhan untuk memohon pembelaan melawan kezaliman dan kekejaman musuh-musuhnya.


Dia memohon pembelaan daripada Tuhan bagi melawan kejahatan musuh-musuhnya dan kekecewaannya terhadap mereka. Pemazmur berkata Tuhan, Engkau tahu orang-orang seperti apakah mereka ini, bahaya seperti mana yang akan aku terima daripada mereka, dan musuh-musuh seperti manakah mereka bagi-Mu.


Pemazmur sedang berhadapan dengan musuh-musuhnya yang mempermalukan dan menghina dirinya, namun bagi pemazmur, dia tahu bahawa Tuhanlah tempat bagi dirinya untuk mengadu dan memohon pertolongan.


Walaupun pemazmur melalui keadaan yang sangat sukar didalam hidupnya namun dia tetap bertekad untuk terus berdoa. Olokkan dan hinaan tidak dapat mematahkan semangatnya untuk dating kepada Tuhan untuk berdoa.


Bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah anda tetap bertekad untuk berdoa dan berpuasa didalam keadaan yang sangat sukar dalam hidup kita seperti pemazmur. Kekuatan kita ada didalam Tuhan, dengan itu janganlah mengalah dan menyerah oleh kerana tekanan dan hinaan tetapi datanglah kepada Tuhan untuk pertolongan..


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan dan bimbingan daripadaMu ya Tuhan, kuatkan dan teguhkan iman saya sewaktu saya melalui keadaan yang sangat sukar didalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Commentaires


bottom of page