“…tetapi aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu; setiap pagi aku akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih-Mu. Engkau telah menjadi pernaungan bagiku, perlindungan pada masa kesusahanku...…” Mazmur 59:17
Pemazmur berkata kepada kita bahawa setiap pagi dia akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih dan kekuatan Tuhan. Sebab Tuhan adalah kota bentengnya, dan tempat perlindungan yang tinggi pada waktu kesesakan bagi dirinya.
Oleh kerana pemeliharaan Tuhan ke atas kehidupan pemazmur maka dia memuji-muji Tuhan dengan nynyian sorak-sorai. Sebab kebesaran anugarah Tuhan yang dia alami telah mengerjakan sesuatu didalam hatinya untuk memuji-muji Tuhan.
Oleh kerana pertolongan Tuhan didalam hidupnya semasa melalui keadaan yang sangat sukar didalam hidupnya telah menyebabkan dirinya tidak bertenti-henti untuk memuji-muji Tuhan. Bagaimana dengan diri kita kita pada hari ini, apakah respon anda terhadap pekerjaan Tuhan yang anda alami sepanjang hidup anda hari ini.
Apakah anda memuji-muji Tuhan dengan nyanyian tanpa berhenti kerana anugarh Tuhan yang sangat besar didalam hidup anda hari ini? Dengan itu marilah kita merenungkan kebaikan Tuhan didalam hidup kita hari ini.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana pertolongan dan perlindungan yang Engkau kerjakan didalam hidup saya selama ini,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments