top of page

Penebus Saya Hidup


Bacaan Alkitab: Ayub 18-27


Pernahkah kamu bertanya kepada diri sendiri apakah ada sebab untuk berbuat baik? Apabila kamu cuba membantu seseorang, kamu dibalas dengan fitnah dan tuduhan dan bukannya dengan hadiah. Kamu menjalani kehidupan yang berakhlak tetapi orang jahat mengambil kesempatan daripada kamu dan membahayakan keluarga kamu. Adakah keadilan di dunia ini? Jauh di sudut hati kita, kita menganggap (atau sekurang-kurangnya berharap) orang baik akan sentiasa menang dan orang jahat dihukum. Namun, hakikatnya malah sebaliknya.


Kitab Ayub menunjukkan kepada kita ketidakadilan sedemikian. Walaupun dia seorang lelaki yang baik, Ayub mengalami penderitaan yang sangat berat. Rakan-rakannya datang untuk mendesaknya supaya bertaubat, menganggap dia telah melakukan dosa yang sangat besar. Ayub berulang kali cuba mempertahankan diri bahawa dia tidak bersalah. Terlibat dalam perbualan seperti itu sangatlah menyakitkan tetapi ia sama seperti perbualan yang berdapat di dalam hati kita.


Dalam Ayub 19:25, Ayub berkata, “Namun demikian, aku tahu bahawa Penebusku hidup, dan pada akhirnya Dia akan berdiri di atas bumi.” Di sebalik semua ketidakadilan dan tuduhan, Ayub yakin bahawa Penebusnya akan membela dia. Dalam tradisi kuno, Penebus adalah orang yang akan memulihkan kerugian dan membela maruah si mangsa. Walaupun Ayub menderita ketika itu, dia miliki seorang penebus yang hidup untuk membelanya.


Dalam Perjanjian Baru, kita belajar bahawa ada seorang Penebus ilahi. Namanya ialah Yesus. Dia hidup dan akan membela kita pada hari- hari terakhir. Jangan putus asa untuk hidup. Penebus kita hidup! Terus melakukan kerja yang baik walaupun semasa musim bencana. Yesus membela kita.


Doa:

Tuhan Yesus, kerana Engkau hidup, kami mempunyai harapan untuk masa depan. Bantulah kami untuk membebaskan diri daripada apa juga kekecewaan atau kekesalan yang kami alami. Semoga kami mendapat kekuatan dan harapan baru di dalam-Mu. Amin.


Rev Dr Victor Lee, NECF



Comentários


bottom of page