top of page

Pengakuan Pemazmur Dihadapan Tuhan


Pemazmur menyatakan sikap imannya di hadapan Tuhan, dimana dia merendahkan hatinya dengan mengakui dirinya di hadapan Tuhan bahawa dia tidak sombong, tidak berusaha menjadi lebih penting daripada orang lain dan tidak berminat melakukan perkara-perkara yang besar atau berusaha mencapai tujuan yang tidak mungkin.


Tetapi pemazmur berusaha untuk terus menjaga sikap dirinya dengan terus merendahkan hatinya di hadapan Tuhan. Sebab sikap kesombongan merupakan kunci untuk memimpin seseorang itu kepada kehancuran didalam hidupnya.


Oleh itu melalui sikapnya yang merendahkan diri telah menyebabkan dirinya bagaikan seorang anak kecil yang masih menyusu bergantung penuh pada ibunya. Demikianlah juga dengan diri pemazmur yang terus bersandar sepenuhnya hanya kepada Tuhan. Dengan itu pemazmur mengajak agar bangsanya merendahkan diri dan berharap kepada Tuhan, dengan tidak melakukan hal-hal yang sombong dan besar.


Tetapi pemazmur terus mengajar dirinya untuk menenangkan diri dengan berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Sebab pemazmur sedar bahawa dengan memiliki sikap yang merendahkan diri maka dirinya dan bangsanya (Israel) akan diberkati oleh Tuhan untuk selama-lamanya.


Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita “...Ya TUHAN, aku tidak tinggi hati, aku tidak sombong. Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar, atau yang terlalu dalam bagiku....” Mazmur 131:1


Dengan itu marilah kita meneladani pemazmur dengan membina sikap yang merendahkan diri dihadapan Tuhan, dengan bersandar sepenuhnya kepada Tuhan untuk bimbinganNya. Sebab dengan menjalani kehidupan yang merendahkan diri dihadapan Tuhan akan mengundang berkat Tuhan dalam hidup kita.


Sikap yang merendahkan diri bermaksud “…kita melihat Tuhan lebih besar didalam hidup kita, oleh kerana Tuhan segalanya terjadi..”


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan mengajar diri saya untuk menjalani kehidupan yang sentiasa merendahkan diri dihadapanMu, dengan bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page