“…Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik...” Titus 2:14
Paulus memberitahu kita tentang cara Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita yang berdosa pada hari ini. Dia, Tuhan, telah menyerahkan nyawa-Nya untuk dikorbankan bagi kita semua yang berdosa, agar kita yang berdosa ini dapat dibersihkan dan dibebaskan daripada segala kejahatan kita. Melalui pengorbanan-Nya di atas kayu salib, kita menjadi suci dan milik-Nya sendiri.
Ingatlah, oleh kerana kasih karunia-Nya kepada kita, kita diselamatkan oleh-Nya daripada hukuman dosa kita melalui pengorbanan-Nya di atas kayu salib. Oleh itu, apabila kita menyerahkan hidup kita sepenuhnya kepada penguasaan-Nya melalui pertobatan dan menerima Yesus dalam hidup kita secara peribadi sebagai Tuhan dan penyelamat kita, kita menerima keselamatan bagi diri kita.
Keselamatan yang ada dalam Yesus adalah percuma untuk kita, dan kita menerimanya dengan hanya menerima Yesus sebagai Tuhan ke dalam hidup kita secara peribadi.
Doa:
Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, mengucap syukur atas pengorbanan-Mu di atas kayu salib. Melalui pengorbanan-Mu, saya diselamatkan daripada hukuman dosa. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentários