“...Tidak seorang pun dapat melihat kesalahannya sendiri; ya TUHAN, bebaskanlah aku daripada kesalahan yang tersembunyi…Maz 19:12
Pemazmur berkata bahawa tidak ada seorang pun yang dapat memahami kesalahannya sendiri atau menyadari kesalahannya sendiri. Sebab tidak ada seorang pun yang dapat memahami dosa-dosa yang tersembunyi dalam hatinya.
Dengan itu dia harus memohon kepada Tuhan untuk menyucikan dan membebaskan dirinya daripada setiap kesalahan yang dia telah lakukan dengan tidak sengaja, baik ianya melalui perbuatan atau pemikirannya.
Perasaan bersalah ini, pasti ada didalam diri seseorang yang masih hidup didunia ini. Namun perasaan yang bersalah ini baik dan akan menghasilkan perkara yang baik bagi diri kita sekiranya kita melihatnya secara positif, dengan menyelidiki hati kita agar sentiasa benar dihadapan Tuhan.
Oleh itu kita harus mengelakkan diri kita daripada perasaan yang bersalah daripada berfikir secara negetif agar kita tidak melumpuhkan iman kita. Sebab setiap kali kita datang kepada Tuhan dan memohon pengampunan daripada Tuhan secara langsung Tuhan mengampuni kita dan menjadikan kita suci.
Jika kita mengakui dosa kita, Allah akan mengampuni dosa kita. Kita dapat percaya bahwa Allah melakukan itu. Allah melakukan yang benar. Allah menyucikan kita dari semua perbuatan kita yang salah. (1 Yoh 1:9)
Doa: Bapa yang di surga,saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, sucikan saya agar saya dibersihkan daripada segala dosa saya.. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments