Evil Deeds Will Be Repayed
Teks
Hakim-Hakim 15:1-5 (BM)
Beberapa lama kemudian, pada musim menuai gandum, Simson pergi melawat isterinya. Dia membawa seekor kambing muda. Dia berkata kepada bapa mentuanya, "Saya ingin ke bilik isteri saya." Tetapi bapa mentuanya melarang dia. Katanya kepada Simson, "Saya menyangka kamu benar-benar membenci dia. Oleh itu saya memberikan dia kepada sahabatmu. Tetapi adik perempuannya lebih cantik daripadanya. Ambillah adiknya itu." Simson berkata, "Apa yang akan saya lakukan terhadap orang Filistin kali ini, bukanlah kesalahan saya." Kemudian dia pergi menangkap tiga ratus ekor rubah. Dia mengikat ekor rubah-rubah itu berdua-dua. Pada simpul ikatan itu, dia menaruh sebuah suluh. Selepas itu dia menyalakan suluh-suluh itu, lalu melepaskan rubah-rubah itu di ladang orang Filistin. Oleh itu semua gandum yang telah dituai di sana terbakar; bahkan tanaman gandum, ladang anggur, dan kebun zaitun pun ikut terbakar.
Pengajaran/Refleksi
Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya jangan berbuat jahat seperti yang dilakukan oleh bapa mertua Simson yang melarang Simson balik kepada isterinya dan bahkan memberikan isterinya kepada sahabatnya. Akhirnya, Simson marah dan membakar ladang mereka dengan menggunakan tiga ratus ekor rubah-rubah. Maka itu, mari kita sentiasa berbuat baik kepada semua orang, agar kita sentiasa hidup dalam harmoni.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan menegur kami, ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.
Rev. Ali Langgit
Comments