“...Mereka mengaku mengenal Allah, tetapi perbuatan mereka tidak membuktikannya. Mereka terkutuk dan tidak taat kepada Allah; mereka tidak dapat melakukan apa yang baik...” Titus 1:16
Paulus memperingatkan jemaah di Kreta tentang mereka yang menganggap diri mereka layak untuk mengajar, tetapi mereka mengajar ajaran sesat. Mereka mengaku bahawa mereka percaya kepada Tuhan Yesus dan mengenal Allah, tetapi sebenarnya mereka mencampuradukkan ajaran agama Yahudi dengan ajaran iman Kristian mereka.
Mereka tidak hidup tertib, namun mereka menyesatkan, mengacaukan, tidak sihat dalam iman, berpaling dari kebenaran, dan perbuatan mereka tidak mencerminkan bahawa mereka sesungguhnya mengenal Tuhan Yesus secara peribadi; kerana mereka keji, durhaka, dan tidak sanggup berbuat baik.
Oleh itu, Paulus menasihati Titus supaya menegur mereka dengan lebih tegas terhadap pelanggaran aturan dan hukum yang benar. Titus harus berani untuk menegur mereka demi kebaikan dan mengembalikan dasar kebenaran yang sejati.
Perbuatan mereka akan membuktikan dalaman diri mereka, sama ada mereka sesungguhnya mengenal Tuhan Yesus dalam hidup mereka atau tidak. Dalaman seseorang akan dipamerkan melalui perbuatannya. Oleh itu, jalani kehidupan yang berkenan di hadapan Tuhan.
Doa:
Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon pengampunan daripada-Mu. Sekiranya saya tidak mengikuti kehendak-Mu, ajarlah saya untuk berpegang teguh pada-Mu. Ciptakanlah dalam diri saya hati yang murni. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Kommentare