top of page

Perintah-Mu Menggembirakan Hatiku


Apakah yang sentiasa menggembirakan hati anda selama ini? Apakah perintah Tuhan menggembirakan hati anda sewaktu anda melalui kesusahan dan kekuatiran dalam hidup anda selama ini?


Pemazmur berkata kepada kita bahawa perintah Tuhan itulah yang sentiasa menggembirakan hatinya sewaktu dia melalui kesusahan dan kekuatiran dalam hidupnya. Dia berkata kepada kita sedemikian kerana peraturan Tuhan itu sentiasa adil dan sentiasa memberikannya pengertian supaya dia hidup.


Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa meskipun dia ditimpa banyak “…kesusahan dan kekuatiran, tetapi perintah Tuhan sentiasa menggembirakan hatinya. Sebab peraturan Tuhan itu selalu adil dan memberikannya pengertian supaya dia hidup…” Mazmur 119:143-144


Bagaimana dengan diri kita pada saat ini, apakah perintah Tuhan itu menggembirakan hati anda hari ini?


Ingat, sekiranya perintah Tuhan itu ada dalam hati kita, maka kesusahan dan kekuatiran tidak sekali-kali dapat menghapuskan kedamaian dan kesenangan yang ada di dalam hati kita. Sebab perintah Tuhan itu akan memberi kita pengertian dan jawaban bagi segala kesusahan dan kekuatiran yang kita hadapi.


Dengan itu, jangan kuatir sewaktu kita melalui kesesakan dan kesusahan dalam hidup ini sebab perintah Tuhan dapat menolong kita menghadapinya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucapkan terima kasih kerana perintahMu. Dengan memiliki perintahMu, hati saya tetap gembira. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page