top of page

Perintah Tuhan itu Adil


“...Perintah TUHAN itu adil, memberi orang pengertian...... Maz 19:9b


Firman Tuhan itu adalah adil, ini bermakna bahawa perintah TUHAN itu murni, suci dan bersih. “keadilan” menyatakan tentang sifat perintah Tuhan yang bebas daripada segala pencemaran dunia ini.


Oleh kerana perintah Tuhan itu bersifat adil maka setiap orang yang menerimanya ke dalam kehidupan mereka secara peribadi akan disucikan daripada semua kecemaran dunia ini, sehingga mereka mendapat pengertian terhadap segala perkara.


Perintah Tuhan akan memperlihatkan cara hidup yang benar kepada semua orang yang menerima dan berpegang kepadanya. Mereka akan menerima pengertian daripada perintahNya.


Perintah Tuhan merupakan sarana yang biasa digunakan oleh Roh Tuhan untuk membuat mata kita terang. Dimana perintah itu akan membuka mata dan menyedarkan kita mengenai dosa dan kesengsaraan kita, serta mengarahkan kita untuk menjalankan kewajiban kita sebagai orang yang percaya.


Oleh itu marilah kita membiarkan Perintah Tuhan yang murni dan adil itu menerangi mata dan mengandalikan kehidupan kita setiap hari agar hidup kita sentiasa berkenaan kepada Tuhan dan memuliakan namaNya.


Apakah anda merasa ragu dan kuathir pada hari ini oleh kerana kejadian yang terjadi di sekeliling anda hari ini? Mari peganglah pada Firman Tuhan anda akan merasa aman dan tenang.


Doa: Bapa yang di surga, terima kasih atas perintahMu, melalui perintahMu saya dapat melihat setiap perkara dengan penuh pengertian. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page