Ezra 3: 6 Sejak hari pertama pada bulan ketujuh, mereka mula mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan. Namun begitu, asas Bait Suci Tuhan masih belum diletakkan. 7Oleh sebab itu mereka memberikan wang kepada tukang batu dan tukang kayu, juga memberikan makanan, minuman, serta minyak kepada orang Sidon dan Tirus, supaya mereka membawa kayu araz dari Lebanon ke laut dekat Yopei, menepati keizinan yang diberikan kepada mereka oleh Kores, raja Parsi.
Setelah umat dibenarkan keluar dari pembuangan, mereka mula bersyukur kepada Tuhan dengan mempersembahan korban bakaran dan membawa pemberian bagi pembinaan rumah Tuhan. Mereka melakukanya dengan sukacita. Dalam masa yang sama, mereka mula merasakan apa yang dirindukan selama 70 tahun dalam pembuangan, iaitu kebebasan beribadah kepada Tuhan.
Ezra 3: 10AKetika jurubina meletakkan asas Bait Suci Tuhan, tampillah para imam dengan pakaian istiadat mereka sambil membawa nafiri, manakala bani Lewi daripada bani Asaf pula membawa gembereng dengan tujuan untuk memuji Tuhan menurut petunjuk Daud, raja Israel. 11BKemudian mereka menyanyi secara berbalas-balasan sambil memuji dan mengucap syukur kepada Tuhan: "Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya terhadap Israel." Seluruh rakyat bersorak-sorai dengan suara yang nyaring sambil memuji Tuhan, kerana asas Bait Tuhan telah diletakkan. 12Akan tetapi, antara imam, bani Lewi, dan ketua kaum keluarga, iaitu tua-tua yang pernah melihat bait terdahulu, banyak yang menangis dengan suara nyaring ketika peletakan asas itu dilaksanakan di hadapan mata mereka. Ada ramai orang pula yang bersorak-sorai dengan suara nyaring kerana gembira. 13Orang tidak dapat membezakan lagi antara bunyi sorak-sorai kegembiraan dengan bunyi tangisan umat, kerana umat bersorak dengan suara nyaring sehingga bunyinya kedengaran sampai di tempat yang jauh.
Inilah gambaran keadaan umat yang mula mengalami pemulihan oleh Tuhan, khususnya apabila mengetahui bahwa nubuatan yang mereka tunggu dan harapkan sedang digenapi. Ada dua perasaan ekstrem yang berlaku; terharu dan bergembira.
Kita hari ini sedang menantikan transformasi terjadi dibangsa ini, saya percaya anak-anak Tuhan merindukan apa yang pernah terjadi ketika umat Tuhan menyembah dalam kesatuan dan tanpa halangan seperti umat Israel yang terlepas daripada tekanan yang mereka hadapi ditanah pembuangan. Tuhan setia menepati janji-Nya, namun apakah ada pemimpin yang mahu berganding bahu menggerakkan transformasi dibangsa ini? Semua ini perlu kegigihan dan tekad yang kuat sehingga mencapai tujuan Tuhan atas umat-Nya.
Doa: Bapa, lihatlah keadaan kami hari ini, kami merindukan transformasi terjadi dibangsa kami, utus dan pakailah orang yang telah Kau persiapkan untuk membawa kegerakan pemulihan dinegara ini. Dalam nama Yesus, amen.
Tuhan Memberkati,
Pr. Linda Misak
Komentáre