“…Persembahanku adalah hati yang hancur, ya Allah; hati yang remuk dan sesal, akan Engkau terima..…” Mazmur 51:19
Mengapa pemazmur berkata bahawa “…Tuhan tidak mengkehendaki korban sembelihan, tetapi persembahan yang dikehendaki oleh Tuhan adalah adalah hati yang hancur atau hati yang remuk dan sesal…”?
Apakah yang dimaksud oleh pemazmur dengan “..hati yang hancur dan hati yang remuk dan sesal ini, adalah merujuk kepada “…jiwa yang hancur oleh kerana penyesalan dan pertobatan yang sejati. Dimana hatinya yang remuk redam oleh kerana penyesalan,
Hal ini bukan bermakna Tuhan menolak korban sembelihan tetapi Tuhan menuntut yang korban sembelihan yang disertai dengan jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk dan hati yang rendah..
Sebab apabila seorang datang membawa persembahannya, dia harus melakukannya dengan rendah hati dan siap untuk menaati perintah Tuhan. Sebab inilah korban yang diingini tUhan daripada kita.
Hati kita merupakan kunci yang menyebabkan persembahan kita berkenaan dihadapan Tuhan, sekiranya hati kita tidak benar, sebanyak manapun korban yang kita berikan kepada Tuhan segalanya tidak akan bermakna bagi Tuhan. Dengan itu adalah penting untuk kita memeriksa hati kita sebelum kita melakukan sesuatu.
Sebab Tuhan akan berkenan dengan persembahan korban sembelihan sekiranya hati kita benar dihadapan. Oleh itu persembahkanlah hati kita kepadaNya dengan memohon pengampunan dan penyucian daripada Tuhan.
Sekiranya pengurangan hukuman dosa kita didalam Tuhan berdasar pada jumlah korban yang kita persembahkan kepadaNya, pasti banyak orang boleh melakukannya, namun persembahan yang Tuhan tuntut daripada kita adalah hati yang hancur.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hati saya kepadaMU memohon penyucian daripadaMu, ciptakanlah hati yang suci dan berkenaan kepadaMu, ya Tuhan didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Amin.