top of page

Persoalan dalam Hati Pemazmur


“…Berapa lama lagi, ya Tuhan, Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku? Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu!.…” Mazmur 35:17


Pemazmur bertanya kepada Tuhan, “...berapa lama lagi Engkau akan berdiam diri? Bertindaklah sekarang juga dan selamatkanlah aku karena nyawaku hanya satu dan singa-singa muda ini berusaha menerkam aku! Hal ini menyatakan pemazmur dihantu dengan persoalan tentang pertolongan Tuhan terhadp dirinya.


Sewaktu pemazmur melalui keadaan yang sangat menyukarkan dan memerlukan pertolongan Tuhan namun pertolongan itu seakan-akan tidak muncul. Oleh itu pemazmur mengeluh kepada Tuhan dengan bertanya “...berapa lama lagi Engkau akan berdiam diri? Pada saat ini pemazmur sedang menghadapi serangan daripada musuh-musuhnya yang ingin memusnahkan hidupnya.


Oleh kerana musuh-musuhnya yang sedang mendekatinya maka pemazmur menjadi risau dan kuathir terhadap keselamatannya. Maka dia berkata kepada Tuhan “...mengapakah Engaku berdiam diri kepada aku?”


Hal ini jelas dalam permohonannya kepada Tuhan yang berkata “..musuh-musuhnya yang berdusta, tidak diberikan kemenangan ke atas dirinya tanpa ada alasan, dia memohon agar Tuhan tidak membiarkan musuh-musuhnya yang membencinya tanpa alasan bersukacita atas dirinya.


Bagaimana dengan diri kita hari ini? apakah kita juga mengatakan kepada Tuhan hal yang sama kerana pertolongan Tuhan seakan-akan lambat atau seakan-akan Tuhan tidak mendengar permohonan kita.


Ingat waktu Tuhan adalah yang terbaik, bahkan Dia tahu bila waktu yang baik untuk saya dan anda. Dia tahu bila untuk menjawab setiap persoalan hidup kita. Oleh itu tetaplah percaya kepada Tuhan untuk pertolongan


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon ketabahan untuk tetap percaya akan pertolongan dan penyertaanMu, saya tahu bahawa Engkau baik bagi saya dan mendengar seruan saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Commenti


bottom of page