top of page

Pertahankan Kebebasan Didalam Kristus


"…Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi....” Galatia 5:1


Paulus memperingatkan jemaah yang ada Galatia supaya kembali setia kepada ajaran Injil yang benar dengan menolak injil palsu yang mahu memperhambakan diri mereka kembali pada Taurat. Sebab bagi mereka yang kembali kepada hukum Taurat, hal ini bererti bahawa mereka sedang menolak pekerjaan keselamatan Tuhan Yesus Kristus di atas kayu salib, sebab mereka memikirkan bahawa Kristus tidak dapat menyelamatkan diri mereka.


Dengan itu jemaah Galatia perlu sedar bahawa mereka sudah memiliki anugerah keselamatan didalam Kristus Yesus yang menyebabkan mereka dimerdekkan, Dengan itu mereka harus tidak lagi membiarkan diri mereka disesatkan oleh pengajar-pengajar palsu. Namun mereka harus berjuang terus melawan penyesat-penyesat yang sedang menggugat kebebasan mereka didalam Kristus, dengan ajaran-ajaran yang salah.


Dengan itu kita harus memperingatkan diri kita bahawa kita sudah dibebaskan oleh Kristus daripada perhambaan dosa. Dengan itu kita harus perlu terus mempertahankan kebebasan yang kita memiliki pada hari ini dengan berpegang pada Injil yang benar, dan tidak lagi berbalik kepada hidup yang terus terikat kepada Hukum Taurat. Tetapi berdiri teguh pada Injil yang benar dengan tidak menjadi hamba kepada hukum Taurat.


Pertahankanlah kebebasan dengan berpegang pada injil kebenaran Firman Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepada pembebasan yang Engkau telah lakukan bagi hidup saya, ajar saya untuk terus berpegang pada Injil kebenaranMu selama hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page