top of page

Pertaubatan yang Sungguh dan Berpuasa


1 Samuel 7:4-6 (BM)

Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja. Selepas itu Samuel berkata, "Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ." Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, "Kami sudah berdosa terhadap TUHAN." (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel).


Pengajaran/Refleksi

Untuk kita mengalami keterobosan dan kuasa TUHAN, kita harus:

  1. Bertaubat dengan sesungguhnya, iaitu dengan membuang segala berhala yang ada, dan menyembah TUHAN sahaja! Akuilah dosamu kepada TUHAN dan selesaikan perselisihan di antara kamu jika ada.

  2. Bawalah persembahan anda kepada TUHAN dan berdoa; berpuasalah sebelum memohon daripada TUHAN.


Lakukan perkara di atas supaya kita dapat mengalami keterobosan dalam kehidupan pribadi dan keluarga kita. HALELUYAH!!


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami menyerah sepenuhnya dan bertaubat di hadapan-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page