1 Samuel 12:9-11, 14 (BM)
Tetapi kemudian mereka lupa akan TUHAN, Allah mereka. Oleh sebab itu TUHAN membiarkan orang Filistin, raja negeri Moab, dan Sisera, iaitu panglima tentera kota Hazor, menyerang nenek moyang kamu dan mengalahkan mereka. Kemudian mereka berseru minta tolong kepada TUHAN, dan berkata, 'Kami sudah berdosa kerana kami membelakangi Engkau, ya TUHAN, dan menyembah patung-patung Dewa Baal dan Asytoret. Sekarang, selamatkanlah kami daripada musuh, maka kami akan mengabdi kepada-Mu!' Selepas itu TUHAN mengutus Gideon, kemudian Barak, lalu Yefta, dan akhir sekali aku. Kami masing-masing sudah membebaskan kamu daripada musuh, sehingga kamu dapat hidup dengan tenteram. Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu.
Pengajaran/Refleksi
Umat TUHAN telah melupakan DIA dalam kehidupan mereka setelah mereka memiliki seorang raja yang memerintah mereka. Oleh sebab itu, TUHAN membiarkan mereka dikalahkan oleh musuh mereka.
Meskipun mereka telah meninggalkan TUHAN, saat mereka bertaubat dan mengakui segala dosa mereka serta berseru meminta pertolongan, TUHAN mendengar doa mereka dan mengutus nabi untuk membebaskan mereka.
TUHAN membebaskan mereka dari musuh sehingga mereka bisa hidup dengan tenteram dan bahagia.
Firman TUHAN hari ini mengingatkan kita: jika telah berdosa terhadap TUHAN, datanglah kepada-Nya, bertaubatlah atas segala dosamu, dan mohonlah pertolongan-Nya.
Doa
TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, agar kami selalu berharap kepada-Mu hingga selamanya. Lindungi kami dari roh jahat, Bapa. Kiranya Engkau memberkati kami semua secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
コメント