top of page

Pertolongan Kita Datang Daripada Tuhan

Pemazmur mempunyai keyakinan yang sangat besar terhadap peranan tangan Tuhan dalam menolong dirinya. Pemazmur memuji Tuhan oleh kerana pertolongan Tuhan yang sangat ajaib dalam hidupnya. Dia sedar bahawa semua pertolongan yang dialami oleh pemazmur berasal daripada Tuhan, Pencipta langit dan bumi.


“…Pertolongan Tuhan…” merupakan penyataan kekuasaan Tuhan dalam pembebasan pemazmur daripada ancaman musuh-musuhnya. Pertolongan Tuhan menyatakan dirinya sebagai pemilik tunggal kehidupan dirinya. Di mana Tuhan tidak membiarkan dirinya daripada kuasa musuh-musuh merebut dirinya daripada tangan-Nya.


Tuhan menjaminkan keselamatan diri pemazmur daripada segala ancaman musuh-musuhnya yang cuba membinasakan hidupnya. Pengalaman pemazmur akan pertolongan Tuhan dalam hidupnya membuat pemazmur tidak takut akan ancaman musuh-musuhnya.


Oleh itu, pemazmur dengan yakin berkata, “…pertolongan bagi dirinya datang daripada Tuhan, yang satu-satunya telah menciptakan langit dan bumi. Segala pertolongan itu dalam nama Tuhan, yang telah menjadikan langit dan bumi…” (Mazmur 124:8)


Hal ini berkata kepada kita bahawa Tuhan berjanji tidak membiarkan diri kita daripada dimusnahkan oleh lawannya. Dengan itu, janganlah kita takut dengan apa-apa pun ancaman daripada musuh-musuh yang ada di sekeliling kita sebab Tuhan menolong kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, oleh kerana janjiMu yang sentiasa menolong dan melindungi hidup saya daripada segala ancaman ini, dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page