“….TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.…” Mazmur 28:7
Didalam keadaan yang sukar dan sulit pemazmur tidak pernah menyangkal siapa diri Tuhan didalam hidupnya secara peribadi. Dia berkata “…TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran..”
Didalam ayat ini pemazmur meluahkan ucapan syukurnya kepada Tuhan ke atas pertolongan Tuhan ke atas dirinya sewaktu melalui kesesakan. Dimana pemazmur memuji TUHAN, kerana telah mendengar doanya.
Dalam keadaan Tuhan sentiasa hadir bersama dengan kita sebagaiman Dia hadir bersama dengan pemazmur sewaktu dia dalam keadaan yang sukar. Dia Tuhan yang siap untuk menolong kita sebagaimana dia menolong pemazmur pada saat ini.
Dengan itu jangalah iman kita terhadap Tuhan berubah oleh kerana keadaan yang sedang kita lalui didalam hidup kita hari ini. Sebab pada waktu Tuhan sendiri kemenangan pasti kita akan nikmati dan terima. Sebab Dia Tuhan yang tahu keadaan kita dan siap untuk menolong kita.
Oleh itu kita harus tabah dan percaya hanya kepadaNya sahaja, dengan tidak memberikan ruang didalam hidup kita bagi kuasa yang jahat. Berpegang teguh pada Tuhan untuk pertolongan dan bimbingan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerahkan hidup saya kepadaMu sepenuhnya, memohon kekuatan dan ketabahan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments