top of page

Pertolongan Tuhan Tepat Pada Waktunya Dan Yang Hilang Ditemukan



1 Samuel 30:3-6, 8, 15, 18-19 (AVB)

     3Setibanya Daud berserta anak buahnya di kota itu, tampaklah betapa kota itu sudah terbakar manakala para isteri mereka serta anak-anak mereka, baik lelaki mahupun perempuan, telah ditawan. 4Maka amat nyaringlah tangisan Daud serta umat yang menyertainya, sampai mereka tidak kuat lagi untuk menangis.    5Kedua-dua orang isteri Daud, iaitu Ahinoam orang Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu, turut ditawan. 6Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya.8Daud pun menanyakan petunjuk TUHAN, katanya, “Haruskah kukejar gerombolan itu? Adakah aku akan berjaya menyusul mereka?” Firman-Nya kepadanya, “Kejarlah. Engkau pasti dapat menyusul mereka dan merebut semuanya kembali.” 15Tanya Daud kepadanya, “Mahukah engkau menghantar aku kepada gerombolan itu?” Jawabnya, “Bersumpahlah kepada hamba demi Allah bahawa tuan tidak akan membunuh hamba atau menyerahkan hamba ke dalam tangan tuan hamba, maka hamba akan menghantar tuan kepada gerombolan itu.” 18Daud merebut kembali segala sesuatu yang diambil oleh orang Amalek, dan Daud pun membebaskan kedua-dua orang isterinya. 19Tidak ada yang kurang pada mereka, daripada yang kecil kepada yang besar, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, juga rampasan serta segala sesuatu yang telah diambil oleh orang Amalek itu. Daud membawa kembali semuanya.


Pengajaran/ Refleksi.

1. Daud dan anak buahnya sedang dalam kesusahan kerana anak dan isteri mereka telah dilarikan musuh. Sebelum bertindak dengan kekuatan dan kehebatan sendiri, Daud bertanya kepada TUHAN, apakah dia perlu mengejar musuh yang telah membawa lari ahli keluarga mereka atau tidak? Tuhan menjawab, "kejarlah".

2. Setelah berdoa atau bertanya kepada TUHAN, mereka menemui seorang yang di tinggalkan oleh raja mereka kerana dia sakit. Budak itulah yang membawa mereka ke tempat musuh yang telah melarikan keluarga mereka. Daud dan anak buahnya berjaya mengambil semula semua yang dirampas oleh orang Amalek. Tiada suatu apa pun yang hilang.


Tuhanlah yang membenarkan mereka menemukan seorang budak bangsa mesir, yang di tinggalkan oleh tuannya kerana sakit. Setelah di rawat dengan baik dia menjadi sihat, dan dialah yang membawa daud dan anak buahnya menemukan musuh mereka dan mengambil kembali anak, isteri dan segala yang lain yang dirampas oleh musuh mereka. Terima kasih bapa yang baik, yang akan memberi pertolongan tepat pada waktunya kepada setiap kami umat-mu. Engkau juga akan mengembalikan milik kami yang telah hilang kepada kami.

Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page