top of page

Pilihlah Hari Ini Kepada Siapa Kita Akan Beribadah Di Marketplace


Pekerjaan kita adalah ibadah kepada Tuhan. Perkataan asli pekerjaan ialah “avodah” yang bermakna ibadah. Oleh itu, apabila kita bekerja, kita beribadah kepada Tuhan. 


Setiap bahagian tubuh kita, adalah alat perbenaran, yang diserahkan kepada Tuhan untuk pelayanan dan kemulian Tuhan. 


“Tidakkah kamu tahu bahawa jika kamu mempersembahkan dirimu kepada seseorang dan mentaatinya sebagai hamba, maka kamu menjadi hamba kepada orang yang kamu taati – sama ada kamu hamba kepada dosa, yang membawa kepada kematian, atau kamu hamba kepada ketaatan, yang membawa kepada perbenaran.” (‭‭Roma‬ ‭6‬:‭16‬ ‭AVB‬‬)


Paulus mengatakan apabila kita mempersembahkan diri kita kepada seseorang, maka kita akan menjadi hamba kepada dia yang kita katakan. 


Jikalau kita berserah kepada dosa, kita akan menjadi hamba kepada dosa. Kita tidak boleh mengalah kepada dosa tanpa kita menjadi hamba kepada Tuhan. 


Oleh itu, kita harus membuat keputusan samada untuk menjadi hamba kepada Tuhan atau dosa. Mungkin ada diantara kita yang tidak suka membuat pilihan, tetapi apabila kita tidak membuat pilihan, kita sudah membuat pilihan. Secara rohani, kita harus membuat pilihan. 


Yosua memberikan umat Israel membuat pilihan. 


“Oleh itu, takutlah kepada Tuhan dan beribadatlah kepada-Nya dalam ketulusan dan kesetiaan. Singkirkanlah segala tuhan berhala yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat dan juga di Mesir, dan beribadatlah kepada Tuhan. Jika menurutmu tidak baik beribadat kepada Tuhan, pilihlah hari ini kepada siapa kamu akan beribadat: Apakah kepada tuhan-tuhan yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat atau kepada tuhan-tuhan bani Amori yang negeri mereka sekarang kamu huni? Tetapi kami, iaitu aku dan keluargaku, akan beribadat kepada Tuhan!" (‭‭Yosua‬ ‭24‬:‭14‬-‭15‬ ‭AVB‬‬)


Yosua mencabar umat Israel untuk membuat pilihan. Dan pilihan ini tidak berubah untuk kita yang seorang ini. 


Persoalannya bukanlah samada kita melayani, tetapi kepada SIAPA kita melayani. Samada kita menjadi hamba kepada Iblis atau menjadi hamba kepada Tuhan.


Apabila kita mengalami penebusan Yesus, kita ada pilihan untuk beribadah kepada Tuhan dan menjadi hamba kepada perbenaran. 


Seperti doa Bishop Richard...


"Thanks be to you, our Lord Jesus Christ, for all the benefits which you have given us, for all the pains and insults which you have borne for us. Most merciful Redeemer, Friend and Brother, may we know you more clearly, love you more dearly, and follow you more nearly, day by day. Amen." Richard, Bishop of Chichester.


Doa: 

Terima kasih Yesus, atas kemenangan-Mu di kayu salib.  Saya memilih untuk melayani Tuhan, dan saya mengisytiharkan bahawa anggota bahagian tubuh saya, adalah alat perbenaran, diserahkan kepada Tuhan untuk pelayanan-Nya dan untuk kemuliaan-Nya, di Marketplace dan kehidupan saya. Amen. 





Comments


bottom of page