top of page

Pintu Gerbang Keagamaan


Bacaan Alkitab : Mazmur 24:7, 9


Pemerhatian:

Ayat 7 ini berkaitan dengan ayat 3, yang memberitahu bahawa untuk melangkah masuk ke tempat kudus Allah, harus melalui atau menggunakan sebuah laluan masuk. Laluan masuk ini adalah pintu rumah Allah. Dalam konteks ayat ini, "pintu-pintu gerbang" merujuk kepada "pintu gerbang bait Allah yang sudah tua dan sedang dipesonafikasikan" dalam ayat ini. Pintu gerbang ini dipelawa agar membuka dengan lebar ruangnya supaya Raja Besar dan Mulia dapat masuk.


Raja ini bukanlah seperti raja di dunia. Raja ini adalah Yang Maha Esa Tuhan semesta alam, iaitu pencipta. Menerima Dia masuk bermakna akan terjadi perkara besar dan mulia. Sikap penerimaan inilah yang sangat penting, sehingga terungkap apabila dapat membuka pintu gerbang dengan lebar dan luas.


Selain daripada itu, pintu gerbang menjadi laluan pelbagai perkara seperti contoh: desa, perkampungan ruma Panjang, daerah dan sebagainya. Sehingga ianya juga dijadikan sebagai perlambangan atau kiasan kepada beberapa perkara, seperti pintu hati, pintu kehidupan, pintu kejayaan dan sebagainya.


Pelajaran:

1. Pertama; bahagian ini mengajar mengenai sikap hati manusia. Pintu gerbang melambangkan hati manusia, yang menjadi laluan masuk bagi sebarang pertimbangan. Setelah seluruh pertimbangan dibuat, ianya akan mempengaruhi hati. Perkara inilah yang akan memberi tindak balas agar manusia itu membuka hatinya.

2. Kedua; bahagian ini secara simbolik memberitahu kita berkenaan dengan r a n g dan laluan kepada kepercayaan, pegangan, praktis hidup dan amalan. laitu seperti pintu kepercayaan, pintu pegangan atau pintu agama dan sebagainya.


Aplikasi:

1. Pada hari ini, setiap manusia perlu membuka pintu hatinya untuk menerima kedatangan seorang raja Besar untuk membawa perkara besar terjadi dalam kehidupan.

2. Pada sisi keagamaan, pegangan, kepercayaan, perlu ada keterbukaan, agar firman Tuhan dapat diperdendangkan sehingga bergema ke seluruh muka bumi.

Bahan Doa

1. Berdoa agar Tuhan membuka pintu agar pemberitan firman Tuhan dapat dibawa masuk ke tempat yang sukar.

2. Berdoa agar ada orang yang menyahut panggilan Tuhan, untuk pergi memberitakan firman Tuhan.

3. Berdoa agar Tuhan membuka pintu hati setiap orang di mana Sahaja untuk siap menerima kedatangan Tuhan dalam hidup mereka.


Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari, Sidang Injil Borneo (SIB/BEM)

(Sabah, Sarawak, Semenanjung)


Comments


bottom of page