"...Untuk mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok kamu tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya sesuatu pokok diketahui daripada buahnya....."Matius 12:33
Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya bahawa “setiap orang yang baik menyimpan yang baik dalam hatinya oleh itu dia akan berkata yang baik. Namun bagi orang jahat, mereka menyimpan yang buruk dalam hatinya maka yang keluar dari mulut mereka juga tidak baik."
Dengan itu Yesus menggunakan kata kiasan ini “Sebatang pokok yang baik pasti menghasilkan buah yang baik. Demikian juga dengan pokok yang tidak baik akan menghasilkan buah yang tidak baik. Pokok dapat dikenali daripada buah yang dihasilkannya."
Oleh itu setiap pokok baik atau jahat dapat dikenali daripada buahnya, demikian juga dengan hati setiap orang. Hati orang dapat dikenali daripada apa yang keluar daripada mulutnya.
Jika kebaikan bertakhta di dalam hatinya, maka perkataan yang keluar dari mulutnya juga adalah perkataan yang takut akan Tuhan. Demikian juga, jika yang bertakhta di dalam hati seseorang itu, hawa nafsu, maka yang meluap ke luar juga hawa nafsu.
Oleh itu biarlah hati kita dikuduskan dengan Firman Tuhan sentiasa agar setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita itu baik . Hati adalah akar, perkataan adalah buah.
Doa: Bapa Syurgawi, biarlah kami senantiasa menyelidiki hati kami secara pribadi. Biarlah kami senantiasa menjadi seperti pokok yang berbuah baik, ajar kami jika ada keburukkan di dalam hidup kami. Biarlah kami senantiasa memandang kearah Engkau dan senantiasa takut akan Engkau. Biarlah FirmanMu menjadi rhema dan tinggal dalam kami sehingga kami dikuduskan.
Amen!
Pr Patrick Taie
Comments