top of page

Pujilah Tuhan dengan Bertepuktangan


“…Tepuklah tangan, hai semua bangsa! Pujilah Allah dengan nyanyian yang kuat dan gembira!…” Mazmur 47:2


Pemazmur mengajak semua bangsa agar sentiasa memuji Tuhan dengan menyanyikan pujian bagi Tuhan dengan kuat dan gembira. Pemazmur menyatakan bagaimana cara dia memberikan penghormatan kepada Tuhan dengan pujiannya.


Pemazmur menyatakan bagaimana cara kita memuji Tuhan, untuk mengagungkan namaNya iaitu dengan bertepuktangan dengan gembira. Karena Dia TUHAN, Allah di atas segala allah, sungguh dahsyat. Dialah Raja atas seluruh bumi.


Sebab dihadapan Tuhan semua bangsa-bangsa dibawah penaklukkan, demikian juga Dia memilih sendiri berkat-berkat-Nya yang terbaik untuk semua umat-Nya, bangsa Yahudi yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi-Nya.


Oleh itu pemazmur mengajak semua orang yang disekelilingnya untuk datang memuji-muji Tuhan sebab Dia Tuhan yang layak menerima segala puji-pujian. Mereka muji Tuhan dengan “bertepuktangan, sebagai tanda sukacita dan kepuasan hati mereka terhadap apa yang Tuhan telah alkukan bagi mereka.


Bertepuktangan merupakan satu cara kita memuji Tuhan sebagai tanda kita mengakui kebesaranNya, terhadap apa yang telah Dia lakukan dalam hidup kita. Selain itu kita bertepuktangan kerana bersukacita kerana siapa Tuhan dalam hidupkita.


Oleh itu selama kita hidup dan mempunyai tangan yang sempurna marilah kita bertepuktangan sentiasa muji Tuhan kerana kebesaranNya, bagaimana Dia menolong dan membimbing hidup kita setiap hari.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dengan mengangkat tangan saya kepada sebagai tanda syukur saya kepadaMu, berikanlah saya hati yang sentiasa memujiMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie


Comments


bottom of page