“….Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku...…” Mazmur 30:2
Sewaktu pemazmur mengadakan pentahbisan Bait Tuhan, dia menyatakan pengucapan syukurnya kepada Tuhan, ke atas keselamatan yang telah dia alami didalam Tuhan. Dia berkata “…Ya TUHAN, Engkau mengangkat aku keluar dari kesusahanku. Engkau tidak memberikan alasan bagi musuhku untuk mengejek aku, jadi aku akan memuji Engkau…”.
Pemazmur datang kepada Tuhan dengan menyatakan pengucapan syukurnya kepada Tuhan sebab dia tahu yang menolong dan menyelamatkan dirinya adalah Tuhan. Dengan hati yang bersyukur pemazmur mempersembahkan ucapan syukurnya kepada Tuhan didalam hadiratNya.
Didalam segalam kesulitan dan ancaman daripada musuh-musuhnya Tuhan menolongnya sehingga dia selamat dan aman. Didalam hadiratNya dia memuliakan Tuhan diatas kebaikan dan berkatNya.
Sebab segala yang dia alami dan miliki berasal daripada Tuhan, oleh itu yang dimuliakan dan diagungkan didalam hidup ini adalah Tuhan. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, apa yang kita alami dan terima didalam hidup ini datang daripada Tuhan.
Dengan itu kita perlu datang kepada Tuhan mengucap syukur kepadaNya sebab hanya Dia yang layak untuk menerima segala pujian dan syukur kita. Oleh kerana kehadiratNya kita aman dan selamat.
Hiduplah akrab dengan Tuhan selama kita masih hidup….
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana Engkau Allah yang baik dan sentiasa menolong saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments