“...Mari, pujilah TUHAN, hai semua hamba TUHAN, yang berbakti di Rumah-Nya pada waktu malam. Tadahlah tangan kamu sambil berdoa di Rumah TUHAN, dan pujilah TUHAN!..” Mazmur 134:1-2
Pemazmur mengajak semua orang untuk memuji Tuhan khususnya kepada “..hamba-hamba Tuhan yang berbakti di Rumah-Nya pada waktu malam..”. Memuji Tuhan merupakan tuntutan yang wajib bagi semua orang hidup didunia ini untuk memuji nama Tuhan.
Kita memuji Tuhan sebagai tanda kesyukuran kita kepada Tuhan atas apa yang telah Dia diperbuat bagi hidup kita dan siapa Dia didalam diri kita secara peribadi, selain itu kita juga memuji Tuhan atas apa yang telah diperbuat-Nya bagi orang lain.
Oleh itu marilah kita mengambil setiap kesempatan dalam hidup untuk memuji dan menyembah Dia sebagai Tuhan dan penyelamat hidup peribadi kita setipa hari. Oleh itu marilah kita nyatakan segala perbuatan-Nya yang telah kita alami dalam hidup ini selama ini dalam pujian kita.
Sebab sikap yang sentiasa memuji dan menyembah Tuhan merupakan bukti bahawa Roh kebenaran itu sesungguhnya bertakta didalam hidup kita. Sebab hanya Roh Kebenaran (Roh Kudus) itu yang menyebabkan diri kita untuk menyembah-Nya. Sebab tanpa miliki Roh Kudus adalah mustahil bagi diri seseorang itu menyembah Tuhan.
Dengan itu, selama kita masih hidup marilah kita terus memuji Dia, sebagai Tuhan dan penyelamat hidup kita. Mazmur 150:6 “…Biarlah segala yang hidup memuji TUHAN! Engkau pujilah Dia! Haleluya!..”
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerah seluruh hidup saya kepadaMu, pakailah saya sebagai alatMu untuk memuji dan menyembahMU. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments