top of page

Pujuk Rayu Isteri Dapat Membuka Rahasia Suaminya

The Persuasive Wife Reveals Her Husband’s Secret


Teks

Hakim-Hakim 14:15-17 (BM)

Pada hari keempat, mereka berkata kepada isteri Simson, "Pujuklah suamimu supaya dia memberitahu kamu makna teka-teki itu. Jika tidak, kami akan membakar kamu dan rumah bapamu. Rupanya kamu berdua menjemput kami dengan maksud merompak kami!" Oleh itu isteri Simson menangis dan berkata kepada Simson, "Abang tidak mencintai saya. Abang memberikan teka-teki kepada sahabat-sahabat saya, tetapi abang tidak memberitahu saya maknanya. Abang membenci saya." Simson berkata, "Dengar dulu! Ibu bapaku sekalipun belum kuberitahu maknanya. Mengapakah aku harus memberitahunya kepadamu?" Isteri Simson menangis terus-menerus selama tujuh hari perjamuan itu. Pada hari ketujuh, Simson memberitahu makna teka-teki itu kepadanya kerana isterinya terus merengek-rengek. Selepas itu isterinya memberitahu maknanya kepada orang Filistin.


Pengajaran/Refleksi

  1. Firman TUHAN hari ini mengajar para isteri kepada suaminya. Jangan sekali-kali seperti isteri Simson yang membuka rahasia yang dibuat oleh suaminya. Jangan memujuk suami untuk membuka suatu rahasia yang disimpannya, sebab perbuatan itu akhirnya akan menghancurkan suamimu. Jadilah suami isteri yang setia kepada satu sama lain dan miliki hati yang takut akan TUHAN.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar dan menegur kami, supaya menjadi pasangan suami isteri yang setia dan memiliki hati yang takut akan Engkau, ya TUHAN. Kiranya TUHAN memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page