
1 Samuel 29:6-9 (AVB)
Maka Akhis memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi TUHAN yang hidup, engkau memang tulus hati. Aku juga memandang baik pergerakanmu bersama-samaku dalam pasukan dan aku tidak mendapati kesalahan padamu sejak engkau datang kepadaku sampai hari ini. Namun demikian, para raja kota itu tidak berkenan kepadamu. Oleh sebab itu pulanglah. Pergilah dengan sejahtera supaya engkau tidak menjadi lebih tidak menyenangkan kepada para raja kota orang Filistin.” Kata Daud kepada Akhis, “Tetapi apakah yang telah hamba lakukan? Apakah yang tuanku dapati pada hambamu ini sejak hamba berkhidmat untuk tuanku sampai hari ini sehingga hamba tidak boleh pergi memerangi musuh-musuh baginda tuanku?” Jawab Akhis kepada Daud, “Aku tahu, di mataku engkau ini baik seperti malaikat Allah. Tetapi para panglima orang Filistin berkata, ‘Dia tidak boleh pergi berperang bersama-sama kita.’
Pengajaran/ Refleksi.
1. Raja Akhis melihat ketulusan hati Daud sama seperti malaikat. Raja Akhis bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa Daud setia dan tidak pernah bersalah kepadanya.
Kiranya kita memiliki sikap yang seperti Daud yang sama seperti malaikat Allah. Penuhi kami dengan Roh Kudus-Mu yang supaya kami dapat melakukan segala perbuatan yang baik yang menyenangkan hati-Mu. Terima kasih Bapa yang baik. Berkati setiap kami. Untuk memuliakan nama-Mu sepanjang hidup kami.
Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comentários