top of page

Rela Mengorbankan Suami atau Isteri Kerana Cinta Akan Wang

Teks

Hakim-Hakim 16:18-20 (BM)

Delila sedar bahawa Simson telah menceritakan rahsianya. Oleh itu Delila menyuruh orang memberitahu raja-raja bangsa Filistin, "Datanglah sekali ini saja. Simson telah menceritakan rahsianya." Kemudian mereka datang sambil membawa wang untuk Delila. Delila membuat Simson tidur di pangkuannya, lalu menyuruh orang memotong tujuh jalinan rambut Simson. Kemudian Delila mula menyeksa Simson, kerana Simson telah kehilangan kekuatannya. Delila berteriak, "Simson! Orang Filistin datang!" Simson bangun dan berfikir, "Aku akan melepaskan diri seperti pada masa-masa lalu." Simson tidak sedar bahawa TUHAN telah meninggalkan dia.


Pengajaran/Refleksi

Setelah Delila mengetahui rahsia yang membuat suaminya, Simson, menjadi kuat, Delila menyuruh orang datang untuk menangkapnya. Mereka datang sambil membawa duit untuk Delila. Kerana duit, Delila rela mengorbankan suaminya.

Delila membuat Simson tidur di pangkuannya, lalu menyuruh orang memotong rambutnya. Kekuatan Simson hilang serta-merta kerana TUHAN telah meninggalkan dia. Delila menyeksa Simson kerana kekuatannya telah hilang daripadanya.

Jangan sekali-kali mengorbankan pasangan hidupmu gara-gara wang!! Orang yang tamak akan wang selalu rugi. Puaslah dengan apa yang ada pada kita saat ini.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page