Teks: Mazmur 40:12
Engkau, TUHAN, janganlah menahan rahmat-Mu dari padaku, kasih-Mu dan kebenaran-Mu kiranya menjaga aku selalu!
Kalau kita melihat perjalanan hidup kita,pasti kita akan melalui pahit manisnya hidup ini. namun kita tetap bersyukur kerana dapat melalui hidup kita dengan penuh anugerah- Nya Tuhan kepada kita. Kehidupan kita ini adalah anugerah semata-mata yg Tuhan berikan kepada kita,kita melaluinya penuh dengan cabaran dan tantangan,namun tanpa kita sedari setiap hari kita tetap juga mampu melaluinya dengan Rahmat Allah.
Pemazmur pernah mengalami pertolongan Allah yang membawanya keluar dari lumpur dosa yang hampir membawa dia kepada kejatuhan dan kebinasaan. Oleh sebab anugerah Allah, dia sangat bersyukur atas kebaikan yang dia terima dari Allah, dia bersyukur lewat Doa,pujian,penyembahan. pemazmur juga bertekad untuk memberitakan perbuatan-perbuatan ajaib yg dia alami kepada semua orang dan dia juga menjadi pelaku firman dengan Hikmat besar yang Allah berikan. Kita dapat melihat juga bahawa anugerah Allah itu adalah anugerah yang penuh dengan kuasa dan kasih yang tidak terbatas, anugerah-Nya adalah anugerah yang indah sehingga semua manusia percaya pasti mengalami perubahan dan hidup dalam perencanaan Tuhan.
SEMUA KERANA ANUGERAH-NYA
1. Hidup sebagai anak Allah
2. Bersandar penuh kepada Tuhan Allah
3. Hidup Suci dan lawan godaan iblis
4. Hidup dalam Rahmat Allah kesimpulan
Marilah kita sama-sama hidup bergantung kepada Allah sambil mempraktik gaya hidup yg baik dan berkenan kepada Allah. Anugerah Tuhan tidak pernah memilih siapa pun kita,asalkan kita tetap setia dan bergantung harap kepada Allah Bapa.
Pr. Davester Yansun
Comments