top of page

Renungkan Kebaikan Tuhan Dalam Hidupmu


“…Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN! Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!..…” Mazmur 34:9


Kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh pemazmur telah menyebabkan dirinya mengalami betapa baiknya Tuhan itu didalam hidupnya. Tuhan itu benar-benar baik didalam hidupnya dimana Tuahn menolong dirinya sewaktu dia lari daripada ancaman musuhnya.


Oleh kerana pengalaman yang dia telah alami di tengah-tengah penderitaan maka pemazmur berkata “...kecaplah dan lihatlah, betapa baiknya TUHAN itu! Berbahagialah orang yang berlindung pada-Nya!..”


Pemazmur sangat berkeyakinan dengan kebaikan Tuhan dalam hidupnya, sewaktu dia merenungkan dirinya. Secara langsung dia melihat kebaikan dan anugarah Tuhan dinyatakan disepanjang kehidupannya.


Kebaikan Tuhan yang menyediakan apa yang dia perlukan sewaktu dalam yang sangat sukar didalam hidupnya, kebaikan Tuhan yang melindungi dan melepaskan dia daripada ancaman musuh-musuhnya. Pemazmur sedar bahawa semuanya terjadi didalam hidupnya oleh kerana anugarah dan kebaikan Tuhan.


Dengan itu pemazmur berkata kepada kita saat ini bahawa orang yang mencari Tuhan tidak akan dikecewakan dan tidak akan kekurangan apa-apa pun. Sebab kesukaran yang kita alami ini hanya bersifat sementara sahaja sebab Tuhan akan memberikan pertolongan dan kelegaan kepada kita.


Oleh itu luangkan waktumu bersama dengan Tuhan, renungkan hidupmu dihadapan Tuhan, yang pesti anda akan melihat kebaikan dan angurah Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji kebesaranMu betapa baik dan indahnya anugarahMu bagi hidup saya selama ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page