top of page

Renungkanlah kasihNya



“…Ya Allah, di dalam Rumah-Mu, kami merenungkan kasih-Mu…” Mazmur 48:10


Pemazmur berkata kepada kita bahawa didalam Bait Tuhan, mereka merenungkan kebaikan dan kasih Tuhan terhadap mereka.


Sewaktu pemazmur berada didalam Bait Tuhan, dia mulai memikirkan kebaikan Tuhan didalam hidupnya. Apa yang Tuhan telah lakukan disepanjang dalam hidupnya. Oleh kerana dia merenung kebaikan dan kasih Tuhan terhadap dirinya maka hatinya dipenuhi dengan hati yang bersyukur kepada Tuhan.


Merenungkan kebaikan dan kasih Tuhan terhadap kita akan membiarkan pemikiran kita dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran yang baik tentang Allah. Dari apa yang telah kita dengar dan lihat, dan yang kita harapkan.


Jika kita banyak berpikir tentang kebaikan dan kasih setia Tuhankepada kita akan menyebabkan ruang dalam hati kita ditutup daripada pemikiran yang jahat. Dengan itu mengajar diri kita untuk terus merenungkan kebaikan dan kasih Tuhan akan membuat hidup kita sentiasa bersyukur kepada Tuhan


Oleh itu marilah kita datang ke Rumah Tuhan sentiasa dan berdiam didalam hadiratNya merenung apa yang telah Tuhan lakukan didalam hidup kita selama ini. sebab semakin kita merenung kebaikan dan kasih Tuhan semakin hati kita dipenuhi dengan kesyukuran dan pujian.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page