top of page

Respon Setelah Mendengar Tentang Yesus


'Apabila ketua tentera itu mendengar tentang Yesus, dia menyuruh beberapa tua-tua Yahudi mendapatkan Yesus untuk meminta-Nya datang menyembuhkan hambanya itu. ' (Lukas 7:3) AVB


Apabila ketua askar itu mendengar tentang Yesus, dia segera mengutus beberapa pemimpin masyarakat Yahudi untuk berjumpa dengan Tuhan Yesus dan memohon agar Yesus datang untuk menyembuhkan hambanya yang sedang sakit tenat.


Para pemimpin Yahudi itu pun pergi menemui Yesus dan menyampaikan permintaan ketua askar tersebut. Mereka sungguh-sungguh memohon kepada Yesus agar menyembuhkan hamba ketua askar itu, kerana mereka sangat mengenali peribadinya—seorang yang mengasihi bangsa Yahudi dan banyak membantu, termasuk dalam membina rumah ibadat untuk orang Yahudi.


Oleh itu, mereka berpendapat bahawa adalah sangat layak bagi Tuhan Yesus untuk menolong hamba ketua askar itu yang sedang menderita.


Apa yang paling menarik tentang ketua askar ini ialah imannya yang teguh kepada Tuhan Yesus. Walaupun dia memiliki kedudukan yang tinggi dan kuasa dalam masyarakat, dia tetap merendahkan diri dan bersikap rendah hati untuk memohon pertolongan daripada Yesus bagi menyembuhkan hambanya.


Sewaktu dia mendengar tentang Yesus, dia segera bertindak—dia tidak menunggu atau berlengah, tetapi terus mengutus orang untuk mencari pertolongan daripada Tuhan Yesus.


Bagaimana pula dengan kita hari ini?

Apabila kita mendengar tentang Tuhan Yesus, apakah tindakan kita?

Apakah respon hati kita apabila mendengar berita tentang-Nya?


Adakah kita bersegera seperti ketua askar itu—dengan iman dan kerendahan hati—atau kita membiarkan berita itu berlalu tanpa kesan?


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Engkau memberikanku hati yang bersemangat dan penuh kerinduan terhadapa berita tentang Tuhan Yesus. Ciptakan dalam diriku hati yang sentiasa mencari Engkau, ya Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Commenti


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page