“…“Aku sangat ingin diam di sana. Aku sangat rindu tinggal di Rumah TUHAN. Dengan sepenuh hati, aku bernyanyi dengan gembira kepada Allah yang hidup......” Mazmur 84:3
Mazmur ini menceritakan hati pemazmur ketika dia berada jauh daripada Rumah Tuhan kerana terpaksa meninggalkan kotanya oleh karena pemberontakan Absalom. Pemazmur meratapi pemergiannya daripada kota itu sebab tempat itu merupakan kota raja, kota suci iaitu tempat beradanya “Bait Tuhan”.
Pemazmur menyatakan tentang luahan hati sucinya akan cinta dan kerinduannya terhadap persekutuannya dengan Tuhan didalam RumahNya. Dia sangat merindukan persekutuan dengan Tuhan didalam Rumah Tuhan setiap hari. Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita.
Aku sangat rindu dan ingin memasuki halaman rumah-Mu dan menghampiri Allah Yang Hidup. (Mazmur 84:2)
Oleh kerana kebiasaan diri pemazmur yang sentiasa berada didalam Rumah Tuhan bersekutu dengan Tuhan selama ini, telah mulai merasa kehilangan sesuatu didalam dirinya, sewaktu dia berada jauh dari Rumah Tuhan oleh karena pemberontakan Absalom. Dia mulai rindu untuk berada didalam Rumah Tuhan.
Pemzmur teringat keindahan dan kenikmatan semasa dia masuk dan berada didalam Rumah Tuhan. Oleh kerana pengalaman hidup pemazmur miliki pada masa lalu, berada didalam Rumah Tuhan menyebabkan dia ingin kembali untuk berada didalam Rumah Tuhan. Sebab berada didalam Rumah Tuhan hati pemazmur merasa damai dan aman.
Sebab Rumah Tuhan merupakan tempat umat Tuhan bertemu dengan Tuhan untuk membawa segala persembahan dan hidup mereka. Tempat umat Tuhan menerima petunjuk dan bimbingan Tuhan bagi kehidupan mereka. Itulah sebabnya pemzamur berkata “..aku sangat rindu, seluruh tubuh dan jiwaku berteriak supaya bersama Allah yang hidup.
Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah anda rindu untuk berada didalam rumah Tuhan dalam hidupmu? Didalam Tuhan kita dapat bersekutu denganTuhan dan juga dengan saudara-saudara yang seiman. Berada dalam Rumah Tuhan kita akan menemui kedamaian, pemulihan dan pembaharuan daripada Tuhan.
Oleh itu janganlah kita menjauhkan diri kita daripada datang ke Rumah Tuhan setiap minggu.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu ke atas hidup saya, ajar saya untuk terus mengasihiMu Tuhan dan datang RumahMu setiap waktu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments