Hakim-Hakim 6:25-27 (BM)
Pada malam itu TUHAN berfirman kepada Gideon, "Ambillah seekor lembu jantan milik bapamu, iaitu lembu jantan yang terbaik yang berumur tujuh tahun. Bongkarlah mazbah yang dibina oleh bapamu untuk Baal, dan robohlah tiang lambang Dewi Asyera yang di sisi mazbah itu. Binalah sebuah mazbah yang batunya disusun dengan baik di atas timbunan itu; mazbah itu bagi TUHAN, Allahmu. Kemudian ambillah lembu itu dan bakarlah seluruhnya sebagai korban. Gunakanlah tiang lambang Dewi Asyera yang telah engkau robohkan itu sebagai kayu api." Kemudian Gideon memilih sepuluh orang hambanya, lalu pergi melakukan apa yang diperintahkan TUHAN. Oleh sebab dia takut terhadap keluarganya dan penduduk kota itu, dia tidak berani melakukannya pada siang hari. Dia melakukannya pada waktu malam.
Pengajaran/Refleksi
1. TUHAN memerintahkan supaya kita membongkar atau merobohkan tempat penyembahan yang lama, sebab TUHAN tidak mahu mereka menyembah berhala.
- Ini bermaksud Tuhan mahu setiap kita meninggalkan penyembahan lama kita.
2. Setelah kita merobohkan tempat penyembahan itu, kita harus membina mazbah yang baru, tempat kita menyembah dan memuji TUHAN kita Yesus Kristus.
- Mazmur 81:10 TB: "Janganlah ada di antaramu allah lain, dan janganlah engkau menyembah kepada allah asing." (Lihat Kel 20:3 dll)
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada hari ini. Beri kepada setiap kami kesejahteraan dan damai sukacita-Mu dalam kehidupan kami. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.
Rev. Ali Langgit
Комментарии