
Yesus membentak roh iblis itu, “Diam! Keluar daripada dia!” Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya. Lukas 4:35 AVB
Sewaktu Yesus pergi ke Kapernaum, sebuah kota di jajahan Galilea, dan mengajar orang di saumaah (rumah ibadat), terdapat seorang yang dirasuk oleh roh iblis yang durjana. Orang itu berteriak dengan suara yang sangat kuat,
“Ah, apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!”
Yesus pun membentak roh iblis itu, “Diam! Keluar daripada dia!” Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya.
Semua orang tercengang dan berkata sesama sendiri, “Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan penuh wibawa dan kuasa Dia memerintah roh-roh jahat itu, mereka terus keluar.”
Pengakuan roh jahat yang merasuk orang itu, menjadi bukti nyata bahawa Yesuslah Tuhan dan Penyelamat yang telah datang ke dunia ini.
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memuji dan mengagungkan nama-Mu kerana Engkaulah Tuhan dan Penyelamat bagi hidupku. Dalam-Mu hatiku tetap damai sejahtera. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments