“Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.”
1 Yohanes 4:4 AVB
Ketika seseorang bertaubat dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadi, dia bukan sahaja menerima pengampunan dosa, tetapi juga Roh Kudus dalam hidupnya. Roh Kudus ini jauh lebih berkuasa daripada roh yang ada di dunia.
Yohanes memperingatkan setiap orang percaya agar tidak takut terhadap nabi-nabi palsu yang muncul di tengah-tengah mereka. Sebab Roh Kudus yang ada pada orang percaya lebih berkuasa daripada roh yang ada di dunia ini. Tuhan telah menewaskan para nabi palsu, dan dengan Roh Kudus yang ada pada diri mereka, orang percaya juga memiliki kuasa untuk menewaskan nabi-nabi palsu tersebut.
Orang percaya harus berani menghadapi nabi-nabi palsu dan terus memberitakan firman Tuhan dengan penuh keberanian dan kekuatan Roh Kudus. Kemenangan orang percaya bukanlah kerana kekuatan diri sendiri, tetapi kerana Tuhan yang berperang bagi mereka.
Tetaplah di dalam Tuhan, dan Dia akan tetap di dalam kita. Di dalam Dia, kita memiliki kemenangan, kerana Roh Kudus yang ada pada kita adalah jauh lebih kuat dan berkuasa daripada roh-roh dunia ini.
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, aku datang membawa segala pujian dan syukur kepada-Mu kerana Engkau mengurniakan Roh Kudus kepadaku. Dengan Roh-Mu, aku boleh mengalami kemenangan atas setiap serangan kuasa jahat. Sebab Roh Kudus yang ada padaku lebih berkuasa daripada roh yang ada di dunia ini. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments